C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Rindu Allah :')
Friday 22 February 2013 • 06:41 • 0 comments

Assalamualaikum Warahmatullah


 Bismillahirahmannirahim.. how are you readers? sihat? Alhamdulillah jika masih sihat.. kalau tidak, berusaha untuk sembuh k? :) Saya ni pelik ou kan, uzur time2 akhir bulan, pas tu, mesti hari Jumaat. Ishk2.. dah ketentuanNya, mahu buat macam mana lagi kan.. masa uzur ni lah, mulalah rindu dengan Allah meninggi.. hmp..
  Membaca surat cintaNya, MenghubungiNya, meminta doa denganNya, menangis keranaNya, adalah hobiku.. bukan buat2, tapi untuk Dia.. Saya ingin menjadi seorang Muslimah Mujahidah Solehah, InsyaAllah.. Saya akan berusaha untuk Istiqamah melakukan ibadat kepadaNya. Kenapa?? Sebab, saya mahu ke JannahNya. Dah nama cinta kan.. alaa, macam pasangan yang sedang bercinta.. Mahunya selalu dekat, ndalah mahu pisah. Berkepit jak. Right? 
  Saya pernah terbaca, dalam buku atau pun Al-Quran atau ceramah di Tv, ntah lah.. Dia menyatakan bahawa, sesiapa yang merindukan Allah, doanya pasti akan termakbul untuk berjumpa denganNya. Saya selalu terfikir. Saya memang selalu rindu kepadaNya, mungkin saya masih diberikan peluang untuk mantapkan lagi Iman saya dan Ibadat saya untuk bertemu denganNya kan.. Insyaallah, saya akan berusaha. Siapa sangka, dulu saya lalai, tidak menutup aurat, tidka solat. But now? saya dekatkan diri kepada Allah. Pintu hati dah terbuka, ada akal, guna lah kan.. dah diberi akal gunalah untuk fikir mana yang baik dan buruk.. Alhamdulillah.. Saya dah berubah.. atas sokongan ramai jugak.. :) 
   Bila uzur, apa pun tidak boleh buat, cuma doa jak. Solat tidak, baca Al-Quran lagi lah.. rindunya dengan Allah.. For Your Information a.k.a FYI, saya tidak terlampau mengejar hal Duniawi, sebab semua ni cuma sementara.. Ukhrawi lah yang kekal.
  
  Imam Ahmad Ibn Hanbal pernah ditanya :
     "Bilakah seseorang Mukmin itu beristirehat?"
  Jawabnya :
     "Bila kakinya telah berada di Syurga."

  Kita telah sedia maklum bahawa manusia diciptakan untuk beriman kepadaNya. Saya tidak mahu cakap "Saya sayang Allah, Dialah cinta kita yang abadi", tanpa usaha. Tidak mahu kata2 itu hanya keluar di mulut. Abang angkat saya pernah nasihat saya di kala saya sedih kerana saya nasihatkan orang yang orang ramai, terutamanya lelaki tidak dapat terima, malah maki saya. Soal rokok itu dadah dan hukumnya dosa. Mereka kata Ustaz2 pun ramai yang merokok. Kenapa mereka harus kata begitu? mengapa contoh itu yang mereka ambil? Itukan urusan dia dengan Allah? manusia kan tiada yang sempurna? Saya sabar, mungkin ini dugaan dari Allah. Abang angkat saya cakap, 
  
     "adik, adik jangan sedih, itu urusan mereka dengan Allah, adik jangan risau, kerana apa yang adik hendak sampaikan tu perkara yang benar. Ingatlah bahawa bila kita hendak masuk ke Syurga, Rasulullah akan menunggu kita di pintu Syurga dengan senyuman.. abang akan sentiasa sokong adik."

  Ya Allah, sebak dada bila abang angkat saya kata macam tu. Makin saya rindu dengan Allah. :'( Memang saya perlukan sokongan dan dorongan daripada orang ramai. Bukan hanya abang angkat saya sahaja yang sokong dan beri nasihat, ramai lagi. Nak nyatakan belum, belum tentu kamu kenal, kan? Ustaz kata, tidak salah menegur seseorang, terpulang kepada mereka, mahu marah atau sebaliknya. 
  
  Orang yang sombong adalah orang yang tidak mahu sujud kepadaNya. Hanya amalan Al-Quran sahaja yang tinggal bersama kita dalam kubur. Kitab itulah yang menerangi kita dalam kubur. Ibadah solat lah yang akan dihisab dahulu apabila di padan Masyhar nanti. Insyaallah kita selamat dari NerakaNya. Assalamualaikum, shukran..
 


 


PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Kemurkaan Allah!
  • Wanita Tua Mahu Ke Syurga
  • Mayat baca Yassin
  • Kisah Teladan =)
  • Menempah bilik di NERAKA
  • Mengapa harus menjerit?
  • Pakaian ahli Neraka
  • Misteri angka 7
  • Siapakah kita?
  • Dajjal dan ciri