C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Misteri angka 7
Wednesday, 28 November 2012 • 01:26 • 0 comments

Assalamualaikum Warahmatullah

Pertama : Allah menghiasi udara ini dengan 7 lapis langit. Sebagaimana Firman Allah di dalam Al-Quran Surah An Naba' ayat 12 "Dan kami (Allah) jadikan di atas kamu 7 (langit) yang kukuh." Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan 7 bintang. 7 bintang yang dimaksudkan : 

1. Bintang Zuhal.
2. Bintang mystari
3. Bintang Marikh
4. Bintang Syamsu
5. Bintang Zahro
6. Bintang Athorid
7. Bintang Qomar
  
Sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran Surah Al-Hijr ayat 16, "Dan sungguh kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dna kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya.

Kedua : Allah telah menghiasi padang (tanah) yang lapang dengan 7 lapis bumi. Rasulullah SAW pernah bersabda : 

"Para penghuni bumi lapisan ke-7 adalah malaikat, lapisan ke-6 dihuni oleh iblis dna para pembantunya, lapisan ke-5 dihuni oleh syaitan-syaitan, lapisna ke-4 dihuni oleh ular-ular, lapisan ke-3 dihuni oleh kala jengking, lapisan ke-2 oleh jin-jin dna lapisan pertama adalah manusia. Kemudian Allah Menghiasia bumi dengan 7 lautan."

Ketiga : Allah telah menghiasi neraka denngan 7 tingkatan.
1. Jahannam 
2. Sa'ir
3. Saqor
4.  Jahim
5. Huthomah
6. Ladhoo
7. Haawiyah

kemudian Allah menghiasi pula dari tiap-tiap neraka dengan 7 pintu. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 44, "Jahannam itu punya 7 pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka."

Keempat : Allah menghiasi Al-quran (kitab suci umat Islam) dengan 7 Surah panjang.
1. Al-Baqarah
2. Ali Imran
3. Al-maaidah
4. An-Nisa'
5. Al 'araaf
6. Al-an'aam
7. Al-Anfaal atau At-taubah

kemudian Allah menghiasinya pula dengan 7 ayat ummul kitab (Al-Fatihah / pembuka kitab). Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 87, "Dna sesungguhnya kami telah berikan kepadamu 7 ayat yang dibacanya berulang dan A-Quran yang agung."

Kelima :  Allah menghias manusia dengan 7 anggota badan, 2 kaki, 2 tangan, 2 lutut dan 1 wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 peribadatan :
2 tangan- doa
2 kaki- berkhidmat
2 lutut- duduk
wajah (muka)- sujud

Keenam : Allah menghias umur manusia dengan 7 tahap.
1. Pada masa baru lahir- Tahap Rodhi' (menyusu)
2. Tahap Fathim (Disapih)
3. Tahap Shobiyyi (Bayi)
4. Tahap Ghulam (masa kanak-kanak)
5. Tahap Syaab ( remaja)
6. Tahap khuhul (yaknni menginjak 30-50)
7. Tahap Syaikh ( Masa tua)

Ketujuh :  Allah menghiasi dunia dengan 7 negeri yang besar. 
1. Hindustan
2. Hijaz
3. Badiyah dna Kufah
4. Iraq, Syam (Siria), Khurasan sampai Balakh
5. Rome dna Armenia
6. Negeri Yakjuj dan Makjuj
7. Cina Turkistan

 Kemudian Allah menghias 7 negeri besar itu dengan hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dna Allah memuliakan ke-7 hari itu dengan 7 dari para Nabi.
1. Allah memuliakan Nabi Musa as- Sabtu
2. Isa bin Maryam as- Ahad
3. Dawud as- Isnin
4. Nabi Sulaiman as- Selasa
5. nabi Yakuub as- Rabu
6. Nabi Adam as- Khamis
7. Nabi Muhammas saw- Jumaat

Hari Ahad : Sebahagian ulama mengatakan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari Ahad. maka barangsiapa yang hendak membangunkan sesuatu atau menanam, hendakalh hari Ahad.

Hari Isnin : Hari pelayaran dna perniagaan kerana telah dijelaskan hari Isnin terdapat 7 kelebihan.
1. Nabi Idris as, telah naik ke langit pada hari Isnin.
2. Nabi Musa as, telah pergi ke Bukit Thursina hari Isnin untuk menerima wahyu.
3. Turunnya dalil tentang keEsaan Allah.
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw.
5. Malaikat Jibril turun untuk pertama kalinya menjumpai Rasulullah saw.
6. Semua amal perbuatan umat diperlihatkan kepada Rasulullah saw pada hari Isnin.
7. Wafatnya Rasulullah saw.

Oleh itu, barangsiapa yang belayar maka baiknya dilakukan pada hari Isnin.

Hari Selasa : Rasulullah ditanya tentang hari Selasa, maka baginda menjawab, "Hari selasa adalah Hari Berdarah." Para sahabatnya bertanya, "mengapa demikian , ya Rasulullah?" Lalu baginda menjawab, "kerana pada hari itu Siti Hawa dan Putra Adam membunuh saudaranya." Sebahagian ulama telah menjelaskan bahwa selasa ada 2 jiwa yang bernyawa dibunuh.

1. Jurdais bin Fathin (seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa Raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya)
2. Yahya as
3. Zakaria as.
4. Tukang sihir Firaun
5. Asiah binti Muzahim, Isteri Firaun
6. Sahib, Sapi betina Bani Israel
7. Habil, Putra Adam as

Maka barangsiapa yang ingin berbekam hendaklah hari Selasa.

Hari Rabu : Rasulullah ditanya tentang hari Rabu, maka Baginda menjawab. "hari Rabu adalah Hari Nahas yang terus menerus." para sahabatnya bertanya, "mengapa demikian, ya Rasulullah?" Lalu baginda menjawab, "Kerana pada hari itu, Allah telah menggelamkan Firaun dna kaumnya, Memusnahkan kaum 'ad dna kaum Tsamud, yakni kaum Nabi Saleh yang ingkar terhadap kerasulan dan kenabiannya. 

Maka barangsiapa yang hendak sembuh dari  sakit, hendaklah meminum ubat pada hari Rabu.

Hari Khamis : Hari Khamis adalh hari baik untuk menunaikan hajat, kerana Allah memerintahkan penunaian. Maka barangsiapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.

Hari Jumaat : Allah menciptakan Adam dan Hawa dna mengahwinkannya pada hari itu juga. Barangsiapa yang mengadakan akad nikah hendaklah pada hari Jumaat. Sebagaimana ulama berkata, telah terjadi 7 pernikahan antara para nabi dna para Auliya'.
1. Adam as dan Hawa
2. Yusuf as dan Zulaikha
3. Musa as dna Shafrawa
4. Sulaiman as dan Balqis
5. Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah
6. Nabi Muhammad dengan Siti Aisyah
7. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah

Hari Sabtu : adalah hari nakar dan tipu daya kerana terdapat 7 peristiwa makar dna tipu daya terhadap 7 orang soleh. Kaum Nabi Nuh as, kaum Nabi Saleh as, saudara-saudara Nabi Yusuf as, kaum Nabi Musa, Kaum Nabi Isa as, Quraisy terhadap Nabi Muhammad dna Kaum Bani Israil terhadap larangan Allah. Dan sebagaimana ulama juga memaknai hari Sabtu adalah hari yang baik untuk berburu.

Wallahualam.. =)

 


PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Siapakah kita?
  • Dajjal dan ciri
  • Di manakah solat kita?
  • Gambaran hari Kiamat
  • Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim yang Digugurkan
  • Peritstiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan
  • 2 Tabiat Perempuan Bawa Ke Neraka
  • Ghibah tu dosa
  • 18 Sebab Kenapa JIn Merasuk Manusia
  • Kisah Seram Doktor Penggugur Janin