C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Menempah bilik di NERAKA
Saturday 9 February 2013 • 23:03 • 0 comments

Assalamualaikum Warahmatullah

Bismillah.. Syukur Alhamdulillah, masih dapat update blog ni.. da lama tidka update ni blog.. al maklum lah, tuan punya badan mahu PMR ni tahun.. i will do the best for my result.. Chaiyok Mira! chaiyok!! 
Hari ni, saya ada ksempatan utk update, saya mahu share entry baru (tajuk di atas). Jangan risau, entry ni tidak menakutkan.. hope, yg mmbaca ambil iktibar.. :)

Helo, boleh saya tempah bilik di Hotel Of Hell??
  Ada seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat itu menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya, walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
  Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya,
       
       "Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.."

Nasihat lelaki tua itu, Justify full. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan,

       "Siapalah kamu wahai orang tua? apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga aatau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata yang sangat dahsyat.

        "Ambillah phone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku."

Katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan si gadis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Semua di dalam bas tidka menghiraukannya dan mereka masih khuatir dia akan menghina agama lagi. 
  Sepuluh mknit kemudian, bas pun tiba di perhentian. Gadis tadi didapati tertidur di muka pintu bas. Para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi periksa nadi gadis itu dan menggelengkan kepalanya. gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan.
  Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh si gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera mengejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi, mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar. Dua tiga orang cuba mengangkatnya juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik sahaja menyentuh mayat itu. 
  Akhirnya mereka panggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah..

Itulah kisah seorang gadis yang mencabar kekuasaan Allah. Janganlah kita sekali-kali mempersekutukan Kebesaran Allah.. Assalamualaikum..


PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Mengapa harus menjerit?
  • Pakaian ahli Neraka
  • Misteri angka 7
  • Siapakah kita?
  • Dajjal dan ciri
  • Di manakah solat kita?
  • Gambaran hari Kiamat
  • Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim yang Digugurkan
  • Peritstiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan
  • 2 Tabiat Perempuan Bawa Ke Neraka