C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Malam Lailatul Qadar
Tuesday, 24 July 2012 • 08:25 • 0 comments


Hari ni mau share sma kmu tentang Malam Lailatul Qadar.. mesti kamu tau pa tuu malam lailatul qadar kan? jum baca tntang kelebihan malam lailatul qadar ni.. Hope You enjoy..

 Di antara malam-malam Ramadhan, terdapat satu malam yang dikenali sebagai "Lailatul Qadar", iaitu suatu malam yang terkenal kerana mempunyai keberkatan yang amat besar. kebanyakkan ulama islam berpendapat bahawa malam lailatul qadar tetap berlaku pada salah satu malam bulan ramadhan pada tiap-tiap tahun. Tetapi malam yang mana satu, tetap dirahsiakan olaeh Allah..

Malam lailatul qadar adalah satu malam yang sangat istimewa khususnya bagi mereka yang memperolehinya. Keistimewaannya dijelaskan oleh firman Allah dalam Surah Al- Qadar, ayat 1-5 yang bermaksud,

"sesungguhnya kami telah turunkan Al-Quran pada malam (lailatul) qadar (kemuliaan), sudahkah engkau tahu apa itu malam (lailatul) qadar? malam (lailatul) qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itulah turun Malaikat-malaikat dan roh dengan izin Tuhan merea, untuk setiap urusan; selamat sejahtera semalam-malaman itu hingga terbit fajar."

Ada tiga perkara penting dapat kita pelajari dari ayat-ayat tadi, tentang lailatul qadar:
1. Kitab Suci Al-Quran mula diturunkan pada malam (lailatul) qadar.
2. Nilai ibadat pada malam (lailatul) qadar lebih baik dari beramal ibadat selama seribu bulan masa-masa yang lain.
3. Sepanjang malam (lailatul) qadar ia penuh dilimpahi oleh kenikmatan, kebahagiaan dan kesejahteraan dari Allah.

Dari hadis-hadis yang diterangkan oleh ulama-ulama Hadis dan Tafsir dapat difahamkan bahawa Al-Quranul Karim diturunkan sebanyak 2 kali.

Kali pertama
 Ia diturunkan dengan lengkapnya dari Lauhul Mahfuz ke Baitul ezzah, iaitu ke langit pertama.

Kejadian ini berlaku pada malam (lailatul) qadar, menurut penjelasan beberapa hadis ianya terjadi pada malam yang hitungannya ganjil pada sepuluh malam yang terakhir pada tiap-tiap Ramadhan, seperti yang dijelaskan oleh Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari, Muslim,dan Tarmizi dari Aisyah r.a. Sabda Rasulullah saw, maksudnya

"Jagalah (intailah) malam lailatul qadar pada bilangannya yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir dalam bulan Ramadhan."

Bayangan yang diberi oleh hadis ini ialah, malam (lailatul) qadar itu mungkin berlaku pada malam hitungan ganjil, iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Kali Kedua
Ia diturunkan dalam bentuk wahyu yang disampaikan oleh malaikat  Jibril kepada Nabi Muhammad saw, ayat demia aya, surah demia surah secara beransur-ansur dalam masa lebih kurang 23 tahun.

Hikmat Allah merahsiakan ketetapan malam berlakunya Lailatul Qadar supaya mereka yang benar-benar berhasrat hendak merndapatkan sesuatu yang istimewa yang ada pada malam (lailatul) qadar akan terus-menerus, dengan tidak jemu-jemu derta dengan sungguh-sungguh, beribadat sepanjang bulan Ramadhan, moga-moga pada salah satu malam itu mereka berjumpa dengan malam (lailatul) qadar.

Marilah kita sama-sama berdoa memohon limpah kurnia kepada Allah, semoga berjayalah hendaknya kita bertemu dengan malam lailatul qadar. Sudah tentulah syaratnya kita hendaklah menghidupkan malam-malam Ramadhan kita dengan ibadat-ibadat yang tulus ikhlas kerana Allah semata-mata.

Jangan kita jadi camni kucing yee.. dia tau tidur jak. hihi.. Bulan Ramadhan ni skali setahun, jum ambl ksempatan buat amal ibadah.. biar penat2.. asalkan kita dapat ganjaran dari Allah..

Thanks For read it.. Syukran~


PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Ajal akan datang pada bla-bila masa
  • Bertudung Tu elok Kan?
  • dari Hawa buat Adam :')