C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Bertudung Tu elok Kan?
Sunday, 22 July 2012 • 01:29 • 0 comments
Assalammualaikum Warahmatullah


13 Alasan wanita untuk menutup aurat

1. semua yang tutup aurat kompom masuk syurga ke?
- yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka..

2. tudung labuh pun macam baik sangat. buat dosa jugak, mengumpat orang.
- bila iblis tak mahu ikut perintah Allah, untuk sujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "apahal pulak aku kena sujud? aku lebih baik dan mulia." samalh dengan tudung. tudung pulak yang disalahkan..

3. macamlh kau bagus sangat nak tegur aku, kau dulu lagi jahat dari aku.
- tidak tersabit larangan dari nabi untuk seseorang bahkan yang baru masuk Islam, untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwha itu tuntutan. selagi kau islam, dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat.

4. Walau kami pakai seksi, tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Tak suke, jgn pndang.
- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi, terpulang kpd individu yang memandang kami.
- seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambutmu.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
- Apakah ibadat kau diterima, kau yakin cuma dengan berpuasa dapat menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai cam ni, Kami tak susahkan hidup orang lain.
- kau sebenarnya teleh menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain yang menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dna gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
- Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu di hadapan Allah? lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi camni, Sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (artis)
- Sanggupa patuh arahan mereka daripada patuh arahan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
- Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak smpat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? slow2 lah.
- Boleh ke cakap kat malaikat Izrail nanti, "Tunggu kejap, lepak2 lah dulu. Jangan ambil lagi nyawaku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


Terdapat juga cara bertudung yang tidak sempurna

1. Aurat itu adalah memakai tudung shj.
2. Betudung tetapi dengan T-shirt berlengan pendek.
3. Bertudung, tetapi baju kurungya, terbelah kainnya.
4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan yg menggoda.
5. Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul, atau hujung rambutnya.
6. Bertudung, tetapi hanya memakainya ke pejabat, sekolah shj. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dll.
7. Bertudung, tetapi tudungya dilemparkan ke belakang leher maka terdedah lah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8. Bertudung, tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, tengkuk, leher dan dadanya.
9. Bertudung, tetapi menampakkan bhg hadapan anak rambut.
10. Bertudung, tetapi tidak menutupi kakinya (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
11. Bertudung, tetapi tidak menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dna perempuan.
12. Betudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala, yang menarik orang lain untuk melihatnya.
13. Bertudung, tetapi memakai wangian yang berlebihan.
14. Bertudung, tetapi memakai kasut tumit tinggi yang menghasilkna bunyi apabila berjalan. Justeru, menarik perhatian orang yang di sekeliling.
15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
16. Bertudung itu apabila hadirnya lelaki yang bukan ahli keluarga. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung. Sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka, whudu kita terbatal. Dengan itu sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya. (e.g facebook)
18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.

Wahai kaum Hawa! Ubah lah diri untuk menjadi seorang muslimah. Ketahui lah bahawa kita beragama Islam. Mohon ampun kepada Allah. 

Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Sedarlah duhai Wanita, Kalian dikasihi Allah. Tutuplah auratmu dengan sempurna!

Sebagai peringatan kepada diri yee.. Kita tak tahu, bila nyawa kita diambil.. 


PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • dari Hawa buat Adam :')